ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 120. Mahkamah Ulang Bicara di bawah Enakmen 1982.

Sebelum Mahkamah Rayuan Syariah ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen ini, Mahkamah Ulang Bicara yang ditubuhkan di bawah Enakmen 1982 hendaklah dikekalkan dengan mempunyai segala kuasa Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini dan orang-orang yang sebelum berkuatkuasa Enakmen ini telah dilantik menjadi hakim Mahkamah Ulang Bicara hendaklah disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah mempunyai kuasa di bawah bidangkuasa Mahkamah itu sehingga perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di bawah Enakmen ini dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.