ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 151. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen yang berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab 3, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa untuk mengaward apa-apa kos yang difikirkannya patut dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada apa jua kos boleh diawardkan dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap suatu perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa Mahkamah itu memberikan keputusannya.

(3) Tiada kos boleh diawardkan dalam apa-apa kes sama ada terhadap atau memihak kepada Pendakwa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.