ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 197. Kuasa Mahkamah untuk memberikan perintah interim.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Bab ini, Mahkamah hendaklah mengikut budi bicaranya mempunyai kuasa untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang ia fikirkan patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu.

(2) Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 52 dan disokong dengan afidavit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.