ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 135. Pengembalian waran

Apabila sesuatu hukuman telah dilaksanakan sepenuhnya, pegawai yang melaksanakannya hendaklah mengembalikan waran itu kepada Mahkamah yang mengeluarkannya dengan suatu pengendorsan di bawah tandatangannya yang memperakui cara bagaimana hukuman itu telah dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.