ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PENTADBIRAN



Seksyen 6. Perlantikan Kadi Besar, Kadi, Pendakwa Syarie dan Pendaftar Mahkamah.

(1) Raja Pemerintah boleh, selepas berunding dengan Majlis melantik-
(2) Semua perlantikan di bawah sub-seksyen (1) hendaklah ditetapkan tempohnya dan disiarkan dalam Warta.

(3) Raja Pemerintah boleh dari semasa ke semasa memberi, mengubah, mengurang atau membatalkan mana-mana surat perlantikan yang dibuat di bawah sub-seksyen (1) seksyen ini dan bolehlah menghadkan perlaksanaan mana-mana kuasa yang diberi oleh Enakmen ini.

(4) Melainkan sebagaimana yang tersebut sebelumnya maka bidangkuasa, hak dan kuasa Kadi Besar dan Kadi hendaklah sebagaimana yang diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.