ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 112. Mencabar kebolehpercayaan saksi.
Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara yang berikut oleh pihak lawan atau, dengan kebenaran Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya-
(a)
dengan keterangan orang lain bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka percaya dia tidak boleh dipercayai;
(b)
dengan bukti bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima pemberian sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain supaya memberi keterangannya;
(c)
dengan membuktikan pernyataan-pernyataannya yang terdahulu yang tak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh dicabar atau boleh disangkal.
Huraian
- Seseorang saksi yang menyatakan seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya, memberi sebab-sebab bagi kepercayaannya itu, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, tetapi sekiranya jawapan-jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberi keterangan palsu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.