ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal percubaan hendak melakukan kesalahan



Seksyen 121. Pemansuhan.

(1) Dengan mulanya berkuatkuasa Enakmen ini, Bahagian IX kepada Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1960 [Enakmen 15/1960.], adalah dengan ini dimansuhkan dan hendaklah terhenti daripada dipakai di Negeri Sembilan.

(2) Pemansuhan yang tersebut di atas hendaklah tidak menyentuh perjalanan apa-apa prosiding atau pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan dilakukan sebelum mula berkuatkuasa Enakmen ini, yang diambil di bawah Bahagian yang dimansuhkan itu.

(3) Pemansuhan yang tersebut di atas juga tidak akan menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan ke atas apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.