ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Pendapat Orang Lain Bila Berkaitan



Seksyen 36. Bila pendapat tentang adanya hak atau urf berkaitan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang wujudnya apa-apa urf atau hak am, maka pendapat tentang wujudnya urf atau hak itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai wujudnya urf atau hak itu, sekiranya ia sebenarnya wujud, adalah berkaitan.

Huraian- Perkataan "urf atau hak am" adalah termasuk urf atau hak bersama antara sebahagian besar golongan masyarakat tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.