ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN III - PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATAN KUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN KEBANGSAAN



Fasal 44. Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat Majlis, hendaklah melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Johor.

(2) Pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, orang yang menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Johor sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Mufti dan Timbalan Mufti bagi Negeri Johor dan hendaklah terus memegang jawatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.