ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VII - AM



Seksyen 191. Salinan rekod pembicaraan.

(1) jika pengadu atau orang yang dituduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang diluluskan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan hukuman, perintah atau mana-mana bahagian rekod pembicaran, dia hendaklah apabila membuat permohonan untuk mendapat salinan itu, diberi oleh Mahkamah;

Dengan syarat hendaklah membayar jumlah wang yang munasabah seperti ditetapkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab-sebab istimewa memutuskan memberinya dengan percuma.

(2) Permohonan mendapat salinan rekod pembicaraan boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa dan tidak ada bayaran dikenakan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.