ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 240. Saman untuk memberi keterangan dan dokumen-dokumen.


(1) Mahkamah boleh mengeluarkan sapina kepada mana-mana orang untuk memberi keterangan atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang ada dalam simpanannya atau kuasainya. Tiap-tiap sapina itu hendaklah diserahkan dengan tangan dan sesiapa yang telah menerimanya dengan cara itu, sama ada ia seorang Islam atau tidak hendaklah terikat di sisi undang-undang bagi mematuhinya.

(2) Mahkamah boleh, sebelum mengeluarkan sapina-sapina itu, memerintahkan bayaran belanja tambang dan makan minum yang berpatutan bagi mana-mana saksi.

(3) Sesiapa yang telah menerima sapina atau arahan oleh Mahkamah untuk hadir dan telahpun memberi akuan penerimaan sapina atau arahan itu, tidak hadir di Mahkamah dengan tidak memberi sebab atau jika sebab-sebab diberi tetapi tidak manasabah pada pendapat Mahkamah, maka Mahkamah yang berkaitan bolehlah mengeluarkan waran tangkap.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.