ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 55. Penubuhan Mahkamah Syariah.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan Mahkamah- Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.
(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Selangor.
(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Selangor.
(4) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.