ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 101. Seseorang yang terikat di sisi undang-undang mengemukakan dokumen itu kepada penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang supaya mengemukakan atau menyerahkan sesuatu dokumen kepada seseorang penjawat awam, sebagai yang demikian, dengan sengaja gagal daripada mengemukakan atau menyerahkannya, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau jika dokumen itu dikehendaki supaya dikemukan atau diserahkan kepada Mahkamah, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

MISALAN

A., yang terikat di sisi undang-undang supaya mengemukakan sesuatu dokumen dalam Mahkamah dengan sengaja meninggalkan daripada mengemukakannya. A. telah melakukan kesalahan yang takrifkan dalam seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.