ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Penafian (ta'n) ke atas saksi.

Apabila defendan atau tertuduh telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, Hakim Syariah hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian - Apabila defendan atau tertuduh membuktikan apa yang ia kata dengan keterangan, Hakim Syariah hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika defendan atau tertuduh gagal membuktikan apa yang ia kata, Hakim Syariah hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika ia belum berbuat demikian dan memberi keputusan mengikut keterangan jika ia telah membuat pemeriksaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.