ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 166. Orang hendaklah dilepaskan.

(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan orang yang berkenaan hendaklah dilepaskan dan apabila dia ditahan di penjara Mahkamah yang memberi jaminan itu hendaklah mengeluarkan perintah pembebasan kepada Penguasa Penjara dan pegawai itu, apabila dia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu serta-merta.

(2) Tiada apapun di dalam seksyen ini, atau seksyen 163 boleh disifatkan menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu boleh ditahan mengenai satu perkara lain dari perkara yang mengenainya bon itu dilaksanakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.