ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN XI - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 55. Majlis hendaklah memohon kepada Mahkamah untuk mendaftarkan mawquf jika waqif tidak dapat dikesan.

Walau apa pun seksyen 54 dan tertakluk kepada seksyen 50, jika Majlis mempunyai apa-apa alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana harta telah diwakafkan sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini, tetapi waqifnya tidak dapat dikesan, Majlis hendaklah memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi mendaftarkan mawquf itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.