ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 34. Menyubahati sesuatu perkara.

Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara jika ia -

Huraian 1 - Seseorang yang, dengan sengaja salah nyata sengaja menyembunyikan sesuatu nyataan yang mustahak yang ia terpaksa menyatakan, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba menyebabkan atau mendapatkan sesuatu untuk dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

MISALAN

A., seorang pegawai awam, adalah diberi kuasa dengan suatu waran dari Mahkamah untuk menangkap Z. B., yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C. bukannya Z., dengan bersengaja menyatakan kepada A. bahawa C. ialah Z., dan dengan jalan demikian itu adalah dengan sengaja menyebabkan A. menangkap C. Di sini B. adalah menyubahati penangkapan C. dengan jalan hasutan.

Huraian 2
- Barang siapa melakukan apa-apa perkara sebelum atau pada waktu sesuatu perbuatan dilakukan, untuk menyenangkan perbuatan itu dilakukan dan dengan jalan demikian menyenangkan perbuatan itu dilakukan adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.