ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM DAN LAIN-LAIN



Seksyen 206. Mendapatkan kembali harta alih yang tertakluk kepada lien, dsb.

Jika plaintif atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak rnempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak menyimpan harta itu menurut suatu lien atau selainnya sebagai cagaran bagi apa-apa jurnlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan itu, jika ternyata daripada pliding (jika ada) atau melalui afidavit atau selainnya dia berhak sedemikian hingga memuaskan hati Mahkamah, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu adalah bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, bagi mematuhi keputusan tindakan itu, amaun wang yang berkenaan dengannya cagaran itu dituntut dan apa-apa jumlah wang lain (jika ada) bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.