ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 84. Menggantung prosiding jika pendakwaan terhadap kesalahan yang diubah memerlukan izin dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau yang ditambah itu adalah suatu pendakwaan yang memerlukan izin diperolehi terlebih dahulu daripada seorang Pendakwa Syarie (atau Majlis), kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga diperolehi izin itu, melainkan keizinan untuk pendakwaan itu telahpun diperolehi atas keterangan yang sama dengan asas pertuduhan yang dipinda itu atau ditambah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.