ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 81. Berjudi.


(1) Sesiapa orang Islam yang didapati hadir di tempat-tempat judi sama ada ia melakukan perjudian atau tidak, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) di atas.

"tempat berjudi" ertinya mana-mana premis sama ada terbuka ataupun tertutup dan termasuklah bilik, pejabat atau gerai sama ada orang awam atau ahli-ahli tertentu yang mempunyai hak untuk memasukinya, mengguna atau menyimpan untuk permainan mana-mana permainan berbentuk nasib atau percampuran antara nasib dan kemahiran sama ada secara sah atau sebaliknya untuk wang atau faedah kewangan, tetapi tidak termasuk loteri persendirian dan loteri yang dianjurkan oleh Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat di bawah Social dan Welfare Service Lotteries Board Act 1950 and 1962.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.