ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM



Fasal 18. Percantuman pihak.

(1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika -

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.

(3) Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan kepada mana-mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap seorang defendan atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.