ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - ORANG MEMELUK ISLAM



Seksyen 103. Pengiktirafan sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang telah didaftarkan memeluk Islam di bawah seksyen 100 hendaklah bagi semua maksud, termasuklah bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri dan untuk semua masa diiktiraf sebagai seorang Islam.

(2) Seseorang yang telah didaftarkan memeluk Islam di bawah undang-undang mana-mana negeri hendaklah bagi semua maksud di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan dan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan disifatkan sebagai seorang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.