ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 51. Fatwa yang berlawanan.

Mana-mana orang yang memberi, menghebahkan atau mengembangkan apa-apa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh mahkamah dan segala penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.