ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Relif-relif Lain



Seksyen 108. Perintah tegahan melupuskan harta sepencarian.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan-

mengeluarkan suatu perintah tegahan, menahan suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi semasa perkahwinan mereka berkuat kuasa jika Mahkamah berpuas hati adalah difikirkan perlu untuk berbuat demikian.

(2) Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.