ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PELUPUSAN BARANG KES DAN HARTA YANG BERKAITAN DENGAN KESALAHAN



Seksyen 197. Mahkamah hendaklah menimbangkan cara melupus barang kes.

(1) Apabila tamat mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menimbangkan cara mana barang kes patut dilupuskan dan boleh membuat mana-mana perintah untuk maksud itu mengikut undang-undang.

(2) Sekirannya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melupuskan barang kes itu, barang kes itu hendaklah diberikan kepada Pendakwa Syarie yang berkuasa di dalam prosiding itu dan boleh diuruskan oleh Pendakwa Syarie mengikut peruntukan-peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika Pendakwa Syarie pada bila-bila masa ragu-ragu di atas cara yang sesuai untuk melupuskan mana-mana barang kes, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana barang kes dan Pendakwa Syarie enggan menyerahkan barang kes itu kepadanya, Pendakwa Syarie atau orang tersebut boleh membuat permohonan kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai pelupusan barang kes itu sebagaimana yang difikirkan sesuai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.