ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 53. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan, jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Syariah, hendaklah dituliskan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dimasukkan seperti Borang F dalam Jadual Pertama yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah menyatakan dengan catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.