ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 56. Kuasa menghendaki kehadiran saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Selangor yang daripada maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir sebagaimana dikehendaki.

(2) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki demikian itu, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keenganan itu kepada seorang Hakim dan kemudiannya Hakim itu boleh menurut budibicaranya mengeluarkan sesuatu waran tangkap untuk menghendaki kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.