ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 144. Perletakan hak.

(1) Segala harta yang, pada tarikh yang ditetapkan, tertakluk kepada seksyen 143 hendaklah, jika terletak di dalam Negeri ini, terletakhak pada Majlis.

(2) Harta takalih yang terletakhak menurut subseksyen (1) boleh direkod atau didaftarkan dengan nama Majlis setelah ditunjukkan keterangan yang memuaskan hati Pentadbir Tanah bahawa harta itu adalah tertakluk sedemikian itu, dan Pentadbir Tanah boleh, dengan tersyarat kepada pengesahannya dan pengakuannya sedemikian itu, menerima sebagai keterangan akan senarai-senarai harta takalih yang tertakluk sedemikian itu, yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua.

(3) Harta takalih yang, kemudian daripada tarikh yang ditetapkan, menjadi tertakluk kepada seksyen 143 bolehlah direkod atau didaftarkan dengan nama Majlis setelah diserahkan memoradum pindah milik yang dibuat oleh pihak-pihak yan berkenaan ataupun setelah memasukkan dengan Pentadbir Tanah satu perintah Mahkamah atau Pentadbir Tanah dalam guaman probet, pentadbiran, atau pembahagian pesaka.

(4) Majlis hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk meletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud yang bersamaan akan sebarang harta yang sebegitu yang terletak di luar daripada Negeri ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.