ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 241. Peraturan berbalas-balas dengan Negeri lain.


(1) Di mana Mahkamah Kadi Besar atau Kadi atau sesiapa yang ada kuasa yang sama, sudah mengeluar saman di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dalam mana-mana satu daripada Negeri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama untuk memanggil mana-mana orang untuk hadir di mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri itu dan orang itu ada atau dipercayai ada dalam Negeri Pahang, Kadi Besar atau seorang Kadi dalam Negeri Pahang boleh mengesahkan saman-saman itu, menandatanganinya serta dicop dan saman-saman itu bolehlah diserahkan kepada orang itu seolah-olah saman-saman itu adalah dikeluarkan oleh mana-mana Mahkamah dalam Negeri Pahang di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(2) Di mana Mahkamah Kadi Besar atau Kadi di Negeri Pahang sudah mengeluarkan saman-saman untuk memanggil mana-mana orang untuk hadir di Mahkamah itu dan orang itu ada atau dipercayai ada dalam mana-mana Negeri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan saman-saman itu diserahkan kepada orang-orang itu mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dalam Negeri itu, maka saman-saman itu hendaklah bagi maksud-maksud Enakmen ini dianggap sebagai telah sah diserahkan seolah-olah penyerahan itu telah disempurnakan dalam Negeri Pahang.

(3) Raja dalam Mesyuarat boleh, dengan Perintah disiarkan dalam Warta, menambah, menghapuskan atau meminda butir-butir dalam Jadual Pertama





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.