ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 140. Ketidakhadiran pihak penentang.

Jika pada masa pembicaraan mengenai rayuan, penentang tidak hadir, maka Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang bertentangan atau yang membawa mudarat terhadap penentang, tetapi hendaklah menangguhkan pembicaraan rayuan itu ke suatu tarikh akan datang supaya ia hadir, dan hendaklah mengeluarkan notis kepadanya untuk disampaikan melalui Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.