ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 142. Menetapkan rayuan dalam senarai.

(1) Apabila diterima dokumen yang disebut dalam seksyen 139, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah menomborkan rayuan itu dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi pihak-pihak dalam rayuan itu notis bahawa rayuan itu telah dimasukkan sedemikian.

(2) Dengan seberapa segera selepas tarikh itu ditetapkan, Pendaftar hendaklah memberi pihak-pihak itu notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan suatu pihak yang berkenaan dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak dalam kes itu, mempercepat atau menangguhkan pendengaran sesuatu rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.