ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA
Seksyen 124. Peruntukan-peruntukan mengenai perlaksanaan hukuman penjara.
Berhubung dengan hukuman-hukuman penjara, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah diikuti-
(a)
manakala orang yang dituduh itu dihukum dengan hukuman penjara, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu hendaklah dengan segera mengeluarkan satu waran kepada penjara di mana dia akan ditahan dan, kecuali jika orang yang dituduh itu telah sedia ditahan di penjara itu, hendaklah menghantarkannya di bawah jagaan polis atau Pegawai Penguatkuasa Syariah ke penjara itu berserta dengan waran;
(b)
bagi tiap-tiap waran bagi menjalankan sesuatu hukuman penjara hendaklah diarahkan kepada Penguasa Penjara itu, atau tempat lain di mana banduan itu hendak ditahan;
(c)
apabila banduan itu hendak ditahan di sesebuah penjara, waran hendaklah diserahkan kepada Penguasa Penjara itu;
(d)
tiap-tiap hukuman penjara hendaklah berjalan mulai tarikh hukuman itu dijatuhkan, kecuali jika Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu, mengarahkan sebaliknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.