ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN



Seksyen 116. Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh

(1) Apabila apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak difahami oleh tertuduh, dan dia hadir sendiri, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya di dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang difahaminya.

(2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka terpulanglah kepada budi bicara Mahkamah untuk mentafsirkannya setakat yang difikirkan perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.