ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996
BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 113. Testimoni mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut dalam seksyen 112.
Seseorang saksi boleh juga memberi keterangan mengenai fakta-fakta yang tersebut dalam mana-mana dokumen yang tersebut dalam seksyen 112, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta-fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta-fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen itu.
MISALAN
Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan mengenai fakta-fakta yang telah direkodkannya dalam buku kirakira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dengan betul walaupun dia telah melupai transaksi-transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.