ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 236. Perakuan pakar.

Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana akauntan, aktuari, arkitek, ahli sains, ahli kimia, jurutera, pegawai perubatan, juruukur atau lain-lain pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa akaun, analisa, pelan, rajah, atau dokumen berkaitan dengan dan dikenalpasti oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya memeriksa-balas di bawah subseksyen (2).

(2) Mana-mana pihak suci hati yang ingin memeriksa-balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa-balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diperintahkan supaya membayar apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengan pemeriksaan-balas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.