ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Baitumal Dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 72. Perbelanjaan Majlis.

(1) Semua kos, bayaran dan belanja untuk mentadbirkan harta dan aset yang terletak hak pada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana harta tak alih, gaji dan elaun semua pekhidmat Majlis, dan fi dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau anggota Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagai pekhidmat, pegawai atau anggota Majlis, hendaklah dibayar daripada harta dan aset Baitumal.

(2) Yang Dipertua diberi kuasa untuk meluluskan viremen berkenaan dengan peruntukan bagi satu-satu tahun tertentu jika difikirkannya perlu berbuat demikian dengan syarat ia tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.