ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN V - PEMELUKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 70. Sijil Pemelukan ke Agama Islam.


(1) Pendaftar Saudara Baru hendaklah mengeluarkan kepada setiap orang yang pemelukannya ke Agama Islam telah pun didaftarkan dalam Daftar Saudara Baru suatu Sijil Pemelukan ke Agama Islam dalam borang yang ditetapkan.

(2) Sijil Pemelukan ke Agama Islam untuk kanak-kanak yang memeluk Agama Islam hendaklah diberikan kepada ibu atau bapanya yang telah pun memeluk Agama Islam atau, jika kedua-dua ibu bapanya telah memeluk Agama Islam, sijil tersebut hendaklah diserahkan kepada bapanya.

(3) Sijil Pemelukan ke Agama Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal yang terkandung di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.