ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 100. Pelantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Selangor, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid.

(2) Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selepas berunding dengan Majlis, Pegawai Masjid hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam negeri atau perkhidmatan bersama.

(3) Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan di bawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik orang yang sesuai dan layak untuk menjadi Pegawai Masjid.

(4) Pembantu Pegawai Masjid hendaklah dilantik oleh Majlis dari semasa ke semasa untuk membantu Pegawai Masjid.

(5) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid, dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.