ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 82. Mahkamah boleh menganggap sesuatu nyataan sebagai wujud.

Mahkamah bolehlah menganggap sebagai wujud apa-apa nyataan yang difikirkan telah berlaku, setelah menimbangkan peristiwa tabii yang biasanya berlaku, kelakuan manusia, dan urusan awam dan peribadi dalam hubungannya dengan nyataan bagi sesuatu hal yang tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.