ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 26. Perkaitan nyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku undang-undang.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara apa-apa kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang dicetak atau diterbitkan dengan kuasa kerajaan negeri itu, dan sebagai mengandungi apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negeri itu yang ada terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan itu, adalah berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.