ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 28. Perlindungan bagi Ketua Hakim Syar'ie Negeri, Hakim-Hakim Syar'ie, Pegawai-pegawai Mahkamah, dll.

(1) Tiada seorangpun Ketua Hakim Syar'ie Negeri atau Hakim Syar'ie boleh didakwa di dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan juga tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah Syariah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah atau proses lain Mahkamah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syar'ie Negeri atau Hakim Syar'ie boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atas pelaksanaan waran atau perintah atau proses lain Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.