ENAKMEN 2 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MELAKA 1988

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA



Seksyen 19. Jemaah Pengurusan, guru-guru dan pekerja-pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah

(1) Mana-mana anggota Jemaah Pengurusan, guru atau pekerja Sekolah Agama hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Agama atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukakan segala buku, akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.