ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 204. Ajaran palsu.

(1) Barang siapa mengajar atau menghuraikan kepada sesiapa, atau mengedar di mana-mana tempat sesuatu ajaran, atau menjalankan sesuatu istiadat atau perbuatan, yang bertentangan dengan Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-apa suratan atau rakaman suara atau mana-mana rakaman lain yang mengandungi ajaran yang menjadi perkara kesalahan di bawah subseksyen (1) dimusnahkan atau dilupuskan dengan cara lain sebagaimana Mahkamah fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.