ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 11. Kesalahan-kesalahan boleh tangkap dan kes-kes boleh tangkap.

(1) Semua kesalahan dan kes di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap dan kes-kes boleh tangkap bagi maksud-maksud Kanun Prosedur Jenayah. [N.M.B. Bab 6]

(2) Seseorang pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

(3) Apabila seseorang pegawai diberikuasa menjalankan kuasa penangkapannya di bawah subseksyen (2), ia hendaklah menyatakan jawatan dan kuasanya dan mengemukakan untuk diperiksa kepada mana-mana orang yang terhadapnya ia bertindak, suatu kad kuasa yang ditentukan oleh Raja.

(4) Seseorang pegawai diberikuasa boleh meminta mana-mana pegawai polis bagi membantu dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (2), dan adalah menjadi tugas setiap pegawai polis mematuhi mana-mana permintaan itu.

(5) Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat suatu penangkapan di bawah subseksyen (2) hendaklah tanpa kelewatan yang tidak sepatutnya menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada seorang pegawai polis atau membawa orang itu ke balai polis yang berhampiran; dan peruntukan-peruntukan Kanun Prosedur Jenayah hendaklah dipakai berhubung dengan orang yang ditangkap itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.