ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 151. Kebenaran untuk pihak-pihak hadir.

Mana-mana pihak tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada oleh dirinya atau oleh peguam, di hadapan Jawatankuasa Ulang Bicara sewaktu menjalankan kuasa penyemakannya:

Dengan syarat bahawa Jawatankuasa Ulang Bicara boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasanya mendengar mana-mana pihak, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh peguam dan tiada apa pun di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh sub-seksyen (2) daripada seksyen yang terdahulu daripada seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.