ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 135. Mengeluarkan perintah perlaksanaan.

Tertakluk kepada seksyen 134 pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah perlaksanaan dalam borang yang ditetapkan dan Pendaftar, jika tidak ternyata olehnya kenapa perintah perlaksanaan tidak patut dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan supaya yang satunya itu disimpan dalam failnya dan yang satu lagi diserahkan kepada bailif.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.