ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN V - JAMINAN DAN KAWALAN TERHADAP AGAMA ISLAM



Seksyen 93. Larangan terhadap ajaran yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

(1) Tiada sesiapapun dibenarkan menganut, mengajar, memberi penerangan dan menyebar kepada orang lain dengan apa cara sekali pun atau melakukan apa-apa amalan atau upacara yang berupa ibadat yang bercanggah dengan Hukum Syarak atau mana-mana mazhab yang muktabar atau fatwa yang sah daripada Majlis, sama ada dirumahnya atau di lain-lain tempat dalam Negeri ini.

(2) Yang Dipertua boleh, dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran orang yang boleh membantu memberi maklumat-maklumat berhubung dengan kegiatan ajaran yang bertentangan atau disyaki bertentangan dengan Hukum Syarak dan bolehlah meminta supaya dikeluarkan apa-apa buku, surat atau dokumen yang ada dalam simpanan atau di bawah kawalannya bagi tujuan mendapatkan kenyataan-kenyataan tentang ajarannya itu.

(3) Jika mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki, Yang Dipertua hendaklah melaporkan keengganan itu kepada seorang Qadhi dan Qadhi itu boleh mengeluarkan suatu waran untuk menentukan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.