ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 8. Bidangkuasa Mahkamah Kadi Besar.

Mahkamah Kadi Besar hendaklah-

(1) Di dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana Undang-undang Islam Negeri dan boleh menjatuhkan hukuman atau membuat apa-apa keputusan atau perintah seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-undang tersebut.

(2) Di dalam bidang kuasa sivilnya, mendengar dan memutuskan segala perbicaraan, tindakan atau perkara dalam mana kesemua pihak-pihak yang berkenaan beragama Islam dan yang berkenaan dengan-

Dengan syarat bahawa Mahkamah itu lazimnya, tidaklah membicarakan mana-mana kesalahan atau mendengar atau memutuskan mana-mana tindakan atau perbicaraan mengenai mana-mana Mahkamah Kadi mempunyai bidang kuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.