ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XIX - PROSIDING MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 175. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan yang dilakukan di hadapannya.

Kecuali seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 169 dan 173, seseorang Hakim tidak boleh membicarakan seseorang atas kesalahan yang dilakukan dihadapannya atau yang merupakan penghinaan terhadap kuasanya atau yang dilakukan dengan pengetahuannya di dalam sesuatu prosiding kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.