ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 31. Pelantikan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama.

(1) Majlis boleh melantik dari kalangan anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

(2) Seseorang yang, sebelum sahaja berkuat kuasa Enakmen ini, memegang jawatan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama atau Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama atau Pegawai Penguat Kuasa Agama seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.